FAQ

PANDUAN PENGGUNAAN
KAMPUNG TANPA WAYAR 1MALAYSIA (KTW1M)
1 Apakah KTW1M?
Ia adalah perkhidmatan WiFi secara 'hotspot' di kawasan tumpuan. WiFi secara 'hotspot' merujuk kepada titik capaian yang disediakan di setiap lokasi bagi membolehkan pengguna menggunakan internet melalui isyarat gelombang WiFi.
2 Langkah menggunakan perkhidmatan KTW1M i. Butang WiFi di peralatan komputer atau telefon pintar dihidupkan ( ). ii. Cari isyarat WiFi di skrin yang bermula dengan perkataan KTW. iii. Pilih isyarat WiFi yang paling kuat (melebihi 3 bar). iv. Klik ikon internet. Laman sesawang KTW1M akan terpapar di skrin. v. Daftar untuk pengguna kali pertama dan isikan butir-butir yang berkaitan. vi. Pengguna akan menerima ID dan kata laluan untuk melayari internet. vii. Jika pengguna menghadapi kesukaran untuk mendaftar; sila rujuk kepada papan tanda KTW1M dan berhubung dengan pemberi perkhidmatan, Pejabat Wilayah SKMM atau Biro Aduan Pengguna SKMM.
3

Punca lazim masalah penyambungan i. Kesesakan trafik kerana pengguna terlalu ramai pada satu-satu masa (waktu puncak) Elakkan penggunaan pada waktu puncak (siang hari). ii. Penggunaan multimedia (video seperti youtube atau muat turun/muat naik) secara berterusan. Elakkan penggunaan multimedia secara berterusan. iii. Keadaan cuaca buruk (perkhidmatan bergantung kepada fungsi satelit). Cuba untuk masuk semula selepas cuaca kembali baik. iv. Lokasi hotspot terletak jauh dari lokasi pengguna (lebih dari 250 meter) Berada di dalam lingkungan 250 meter untuk isyarat WiFi yang lebih jelas.

4

Apakah jarak liputan perkhidmatan KTW1M di setiap lokasi? Kebiasaannya, jarak liputan KTW1M adalah terhad kepada 250 meter dari 'hotspot'. Namun ianya juga bergantung kepada punca-punca masalah seperti di perenggan 3 di atas.

5 Cara untuk membuat aduan kerosakan KTW1M i. Hubungi pemberi perkhidmatan terlebih dahulu (tertera di papan tanda KTW1M) kerana penyelenggaraan masalah teknikal adalah tanggungjawab pemberi perkhidmatan. ii. Sekiranya dalam tempoh 48 jam kerosakan masih belum dibaikpulih, hubungi Pejabat Wilayah SKMM atau Biro Aduan Pengguna SKMM untuk membuat aduan. iii. Setiap aduan direkodkan dan tindakan segera akan diambil.